Monday 25 March 2013

Bakal Calon Suami

 Hai Assalamualaikum ..
25/3/2103
nak share sikit pada yang tak kahwin lagi tu kan ,termasuklah aku .
eheheh ~ ~
Kita kalau nak cari calon mesti yang banyak duit ,betul tak?
tapi setakat duit banyak tak BAHAGIA tak guna juga .
 you all bacalah bawah nie okay .

  • Pilih yang baik dan beragama
    Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.
  • Cari yang sabar dan penyayang
    Semasa tengah berdating, mungkin korang dah boleh nilai perangai teman lelaki korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.
  • Jangan nilai pada rupa  ‘Don’t judge a book by it’s cover’. Jgn nilai dari luaran shj . Sebab kecantikan luaran ni sementara shj. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.
    Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.
  • Hormat orang tua
    Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.
  • Cari yang boleh mendengar dan mendidik
    Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita. Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.
  • Lihat pada keluarga dia
    Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”. Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.
  • Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita
    Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita. Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.


    Now ,macama mana ?
    dah ada calon Suami yang macam dekat atas nie .
    Hehehe ..

    Lots Of Love <3

Sunday 17 March 2013

17/3/2013

Assalamualaikum .
Hyep Reader .
Lama tak merepek kat dalam blog nie .
alahai agak sibuk sikit minggu nie .
maklumlah last sem nie macam-2 nak kena buat .
okay ,tarikh dekat atas tu semestinya laa 
tarikh besday aku .
hahahaha ..
 
Thank you sangat-2 yang wish besday aku .
tak kira laa yang cakap depan-2,text ,call or fesbuk ..
korang doakan yang terbaik untuk aku .Amin Amin Amin ..
aku pun doakan korang jugak ..
 tak dapat banyak hadiah pun ,sebab dah tua kan .
ahahaha .

thank ika bagi aku benda nie ..siap ada nama aku lagi .
so sweeet   ! terharu sentap semunya ada ..


Okay ,tarikh yg sama jugak ,
adalah tarikh penutup sukan tahun 2013 .
best sangat2 .
 nie sem 6 punya tema 
Bawang putih bawang merah 

 amboii ,sakan aku menari ..
  nenek kebayan .hahahah
 petang-2 tengok sukaneka ..

 okay nie semuanya 16/3/2013 .

malam penutup .lebih meriah lagi
 sebabnya ada video sem masing-2

 makan ,makan, makan ,
  staf memang sempoii laa .
awe mu memey smart laa .
  me wif huda 
Ali baba ..
  idan jadi sultan sulu .
hahaha ,duk dalam troli .
yey !! kami menang ,jgn jeles !

okaylah .mata sudah mengatuk deh ..
Gudnite ..

Lot Of Love <3

Monday 4 March 2013

Baju Raya ,Jom Tengok !


Assalamualikum .
Hye-2 semua .
haa nie nak tanya nie dah tau ke nak pakai apa masa Raya ?
ehee ~ 
tau raya lambat lagi kan .tapi kena buat persiapan dari sekarang takut tukang jahit dah 
tak ambil nanti .dah tak berbaju time raya ye .hehe 
Selalunya kalau raya mesti kita pakai baju kurung betul tak ,
tahun nie kita tukar sikit koleksi dalam almari tu ..
asyik baju kurung je kan ,kita ubah sikit ke design lain pulak .

Kalau rasa tahun nie nak lain dari yang lain sikit meh kita tengok 
Baju Raya 2013 ~~
 





 haaa , macam mana ?
jum laa kita cuba ye .utk tempahan sila layari 


Lot Of Love <3